so, hari kedua ni kitaorang jalan2 before pergi Probolinggo..dah bangun tidur, pekena breakfast versi Indonesia, apa lagi cergas terus..berkobar2 nak berjalan2..kita pergi kedai batik..maap gue enggak punya photonya dan gue gupa enggak tahu apa nama kedainya..ampunnn...shopping punya shopping, adalah barang yang kitaorang beli..nak beli baju batik, xde saiz..haishh, plus kalau tengok corak tu macam tak kena sikit la kalau orang Malaysia pakai..nampak orang tua gitu..tapi mas mas indon pakai ok je..
ok lepas tu kitaorang gerak ke Memonium Submarine..ok ini kapal selam yang betul2 punya..boleh masuk dalam tu, tengok enjin2 dalam tu..sempit dalam tu, no wonder diaorang yg jadi tentera kurus2, mau kalau aku yang jadi haiishh payah jugak tau..adalah ruang2 dia yang kecik2 nak kena masuk, thank god masih muat..kalau tak enggak tahu mahu gimana sihh..nak gue kongsi gambar2 nya
ini tempat tidur kru kapal..nampak tak aku semcm sikit, bukan apa i tinggi sangat u
suasana dalam kapal
udah pintu keluar
kapal selam
after that, continue ke Jembatan Merah..apa tu JM?? JM tu sebenarnya mall..kat situ semua ada..nak kain orang kawin, ADA..nak kain ela yang sutera, batik, songket dengan harga yang murah, ADA...nak telekung(tak berapa murah), PUN ADA..nak apa mention je, semua ada..untuk pengetahuan korang, JM ni ada sejarah dia tersendiri..and kawasan tu memang ada jambatan warna merah dan ada jugak lagu Jembatan Merah..
gambar ni ihsan dari En Google..rupa di dalam tak seindah rupa di luar
then, kitaorang continue ke muzium rokok(Sempoerna).. *kau ni kejadah melawat semua muzium2?? hahha, dah driver bawak, ikut dah la..kat sini bukan takat muzium, sekali dengan kilang rokok..kita boleh tengok life cara diaorang buat rokok..semuanya menggunakan tenaga manusia..tak ada mesin macam kita kat Malaysia, tapi diaorang sendiri dah rupa mesin..mak aihh punya laju diaorang buat kerja tapi bab safety kurang..pekerja tak pakai mask langsung..untuk gambar diaorang buat kerja tak ada, itu syaratnya..boleh melawat tapi tak dibenarkan bergambar..tapi untuk muzium boleh..dan anda jugak boleh membeli rokok disini ek..jenama apa tak tau pulak..nah gambar2nya
after that, kitaorang terus gerak ke Probolinggo..singgah lunch dulu..kali ni ayam penyet..kegemaran gue ni sih..pedas ya ampun..berpeluh2 gue makan..dah la bagi air teh panas..mak aihh bertambah panas la hati ni
selesai makan, terus sambung perjalan yang makan masa 3jam lebih..elok sampai di Probolinggo, hari pun dah malam..check in hotel dulu, kitaorang duduk di Bromo View Hotel..lepas tu terus gerak ke tempat makan..malam ni special sikit menu ayam madu, ikan doreng tepung masak sweet sour, sup diaorang yang tak sedap dan fresh manggo..
lepas dinner, balik hotel dan apa lagi terus tidur la..esok nak kena bangun awal nak ke Gunung Berapi Bromo..
p/s: sebenarnya ada tempat yang melawat ni rupanya Day 1..hehe

















No comments:
Post a Comment